Belajar Kursus WordPress Dari Sifu Internet Marketing

kursus wordpress

Teringin nak belajar asas-asas pembangunan blog WordPress? Anda dijemput untuk hadir ke kursus WordPress anjuran Sifu Internet Marketing iaitu saya sendiri. Aum!

Siapa saya?

Saya berpengalaman buat blog WordPress sejak tahun 2000-an.

Walaupun tidak memiliki ijazah CGPA 4.0, namun penglibatan saya dalam arena blogging / WordPress harus dipuji dan dikagumi.

Terlibat secara langsung dengan Search Engine Optimization agak lama. Dan berpengalaman buat duit ribu-ribuan ringgit hasil SEO tanpa link exchange yang mencurigakan.

Anda boleh belajar asas-asas pembangunan blog WordPress dari Sifu Internet Marketing mulai sekarang!

Jom, saya tunjukkan caranya…

Kursus WordPress 2018

kursus wordpress

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang WordPress, anda kena tahu dahulu apa itu WordPress.

WordPress adalah content management system atau bahasa bakunya CMS.

Kalau nak diterjemahkan ke Bahasa Melayu, mudahnya kita katakan WordPress ni digunakan untuk update blog.

Ada banyak platform buat blog, antara yang popular selain WordPress mestilah Blogger.com (blogspot).

Market share WordPress berbanding CMS lain sangat besar iaitu lebih 30% web seluruh dunia menggunakan WordPress.

Kalau tak percaya boleh baca di sini: Popular CMS & Market Share 2018

Antara sebab utama kenapa orang guna WordPress — senang digunakan.

Ada banyak pilihan theme percuma dan berbayar. Plugin pun banyak.

Boleh terus install untuk gunakan — sepantas kilat.

Jadi tak perlu upah web develop kalau setakat nak masukkan table dalam artikel anda.

Dalam kursus WordPress ni tak banyak yang kita cerita. Antara topik yang kita akan cover antaranya:

  • Cara beli domain
  • Cara beli hosting
  • Dah ada domain & hosting kenalah install WordPress
  • Belajar pulak cara nak install WordPress
  • Dah install WP tak kan nak dok saja, install la theme & plugin
  • Lepas tu dah install semua tu, kita belajar macam mana nak create post
  • Dah create takkan nak biar je? Sifu Internet Marketing akan ajar anda cara klik “Publish” post

Menarik kan?

Kelas kursus WordPress ini diadakan selama 2 hari. Bila?

Tunggu pengumuman rasmi dari saya. Sebab saya pun tak pasti bila saya FREE.

Jangan lupa baca internal link ke artikel Dorena Plus Size bagus untuk SEO tau.

Tentang Sifu Internet Marketing

sifu internet marketing

Bila sebut SIFU mestilah orangnya “power”.

Dari A-Z faham pasal internet marketing.

Sebut apa je — facebook ads, adwords (kini Google Ads), SEO, remarketing, retargeting, semua dalam minda. Boleh sketch funnel pemasaran Internet tanpa buka buku! Hoho

Tapi saya bukan macam tu.

Saya orangnya biasa-biasa sahaja.

Banyak belajar dari orang.

Kalau nak belajar SEO, boleh baca blog Backlinko.

Tak perlu sebenarnya link exchange yang ketinggalan zaman ni.

Ops bukan ketinggalan sangat. Kalau nak manipulate DA / PA Moz tu boleh lah nak link exchange.

Tapi untuk rank keyword macam “Kursus WordPress” atau “Sifu Internet Marketing” ni tak perlu nak link exchange bagai.

Tengok balik, kaji balik competitor.

Dan sebenarnya ON-PAGE SEO dah cukup nak rank keyword yang low competition ni. Seriously dude!

Artikel ni takda buat link exchange bagai.

100% optimize on-page SEO.

Jom kita tengok, boleh rank ke idak! Haha

1,2,3, go…

0 comments… add one

Leave a Comment