Permohonan Baru, Kemaskini BR1M 2018 Dibuka 27 November

kemaskini br1m 2018

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kerajaan mengumumkan permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan bagi permohonan secara manual atau pengisian borang, Borang BR1M 2018 boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my

Portal tersebut juga boleh digunakan untuk permohonan baru BR1M atau untuk tujuan kemaskini butiran secara online.

Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia dan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kemaskini BR1M 2018

kemaskini br1m 2018

Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Kementerian Kewangan juga memaklumkan, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.

Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018, yang sudah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716, e-mel kepada br1m@treasury.gov.my atau layari portal Semakan Status BR1M 2018.

0 comments… add one

Leave a Comment