Belajar Kursus WordPress Dari Sifu Internet Marketing

kursus wordpress

Teringin nak belajar asas-asas pembangunan blog WordPress? Anda dijemput untuk hadir ke kursus WordPress anjuran Sifu Internet Marketing iaitu saya sendiri. Aum!

Siapa saya?

Saya berpengalaman buat blog WordPress sejak tahun 2000-an.

Walaupun tidak memiliki ijazah CGPA 4.0, namun penglibatan saya dalam arena blogging / WordPress harus dipuji dan dikagumi.

Terlibat secara langsung dengan Search Engine Optimization agak lama. Dan berpengalaman buat duit ribu-ribuan ringgit hasil SEO tanpa link exchange yang mencurigakan.

Anda boleh belajar asas-asas pembangunan blog WordPress dari Sifu Internet Marketing mulai sekarang!

Jom, saya tunjukkan caranya…

Kursus WordPress 2018

kursus wordpress

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang WordPress, anda kena tahu dahulu apa itu WordPress.

WordPress adalah content management system atau bahasa bakunya CMS.

Kalau nak diterjemahkan ke Bahasa Melayu, mudahnya kita katakan WordPress ni digunakan untuk update blog.

Ada banyak platform buat blog, antara yang popular selain WordPress mestilah Blogger.com (blogspot).

Market share WordPress berbanding CMS lain sangat besar iaitu lebih 30% web seluruh dunia menggunakan WordPress.

Kalau tak percaya boleh baca di sini: Popular CMS & Market Share 2018

Antara sebab utama kenapa orang guna WordPress — senang digunakan.

Ada banyak pilihan theme percuma dan berbayar. Plugin pun banyak.

Boleh terus install untuk gunakan — sepantas kilat.

Jadi tak perlu upah web develop kalau setakat nak masukkan table dalam artikel anda.

Dalam kursus WordPress ni tak banyak yang kita cerita. Antara topik yang kita akan cover antaranya:

  • Cara beli domain
  • Cara beli hosting
  • Dah ada domain & hosting kenalah install WordPress
  • Belajar pulak cara nak install WordPress
  • Dah install WP tak kan nak dok saja, install la theme & plugin
  • Lepas tu dah install semua tu, kita belajar macam mana nak create post
  • Dah create takkan nak biar je? Sifu Internet Marketing akan ajar anda cara klik “Publish” post

Menarik kan?

Kelas kursus WordPress ini diadakan selama 2 hari. Bila?

Tunggu pengumuman rasmi dari saya. Sebab saya pun tak pasti bila saya FREE.

Jangan lupa baca internal link ke artikel Dorena Plus Size bagus untuk SEO tau.

Tentang Sifu Internet Marketing

sifu internet marketing

Bila sebut SIFU mestilah orangnya “power”.

Dari A-Z faham pasal internet marketing.

Sebut apa je — facebook ads, adwords (kini Google Ads), SEO, remarketing, retargeting, semua dalam minda. Boleh sketch funnel pemasaran Internet tanpa buka buku! Hoho

Tapi saya bukan macam tu.

Saya orangnya biasa-biasa sahaja.

Banyak belajar dari orang.

Kalau nak belajar SEO, boleh baca blog Backlinko.

Tak perlu sebenarnya link exchange yang ketinggalan zaman ni.

Ops bukan ketinggalan sangat. Kalau nak manipulate DA / PA Moz tu boleh lah nak link exchange.

Tapi untuk rank keyword macam “Kursus WordPress” atau “Sifu Internet Marketing” ni tak perlu nak link exchange bagai.

Tengok balik, kaji balik competitor.

Dan sebenarnya ON-PAGE SEO dah cukup nak rank keyword yang low competition ni. Seriously dude!

Artikel ni takda buat link exchange bagai.

100% optimize on-page SEO.

Jom kita tengok, boleh rank ke idak! Haha

1,2,3, go…

0 comments

Baju Plussize Terbaik di DORENA Plussize Wardrobe

plus size dresses malaysia

Adik kakak tengah mencari butik yang menjual plus size dresses terbaik sekitar Bangi Selangor?

Jemput datang ke Dorena Wardrobe Plus Size yang menawarkan pakaian wanita saiz besar XL sehingga 10XL termasuk:

  • Baju Kurung Plus Size
  • Jubah Plus Size
  • Blouse Plus Size
  • Jeans, Pants, Skirts dan bermacam lagi!

dorena plus size wardrobe

Dorena Wardrobe Bangi

Untuk anda yang nak walk in ke butik mereka, lokasi Dorena Plus Size Wardrobe terletak di:

Ground Floor, No. 1-17-01,
Jalan Medan Pusat Bandar 7,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi.
(Belakang PKNS Bangi, Sebaris Nur Aishah, Dubook Press,Elrahexclusive, Leeyanarahman)

Waktu operasi bermula dari jam 10 pagi – 6.30 petang setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad mereka beroperasi sehingga jam 7 malam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi mereka di http://dorenaplussize.com/ atau hubungi 019 397 8809/013 3543458.

Anda juga boleh ikuti mereka di Facebook Dorena Plussize Wardrobe atau di Instagram @dorenaplussize

dorena wardrobe bangi

Plus Size Dresses Malaysia

Sekiranya anda bertubuh besar jangan sesekali rasa “down” kerana ramai di luar sana yang bertubuh besar masih tampil yakin terutama apabila menggayakan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka.

Sebab itu Dorena Wardrobe sentiasa menghasilkan plus size dresses yang terbaik di Malaysia. Sesuai dengan citarasa dan trend fesyen terkini.

plus size dresses malaysia

Selain itu ada antara mereka yang bertubuh besar berjaya sebagai model antaranya:

  1. Ashley Graham
  2. Candice Huffine
  3. Nadia Aboulhosn
  4. Tara Lynn
  5. Barbie Ferreira

Jangan kata wanita bertubuh besar tiada masa depan! Anda lebih cantik jika pandai bergaya.

Berikut sedikit tips fesyen untuk wanita plus size yang kami dapat dari majalah Nona.

1. Tak salah pilih warna terang

Mereka yang punya tubuh berisi tak semestinya hanya pilih warna gelap. Jangan takut bermain warna kerana rona itulah yang akan memberi keindahan.

Jadi gabungkan dua warna ini.

Pilih baju berwarna terang disamping seluar atau skirt berwarna gelap supaya pandangan orang lain lebih tertumpu pada pakaian berbanding bentuk tubuh anda.

2. Elak baju saiz besar

Ramai wanita cenderung untuk menutup lebihan lemak pada pada tubuh dengan memakai baju longgar atau pakaian besar. Sebenarnya, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih besar.

Pakai pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Pastikan anda tidak membeli pakaian terlalu kecil saiz atau terlalu besar. Pilih pakaian yang mempunyai getah di bahagian pinggang supaya menampakkan kelangsingan badan.

3. Siapa kata anda tak sesuai pakai aksesori

Boleh saja jika anda buat pilihan yang betul. Jika punya pinggang yang besar, elak tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuat pinggang anda kelihatan lebih besar.

Wanita yang mempunyai tubuh yang besar perlu memilih baju dengan lengan yang longgar. Cuba untuk memakai perhiasan berani atau aksesori seperti beg tote besar atau clutches kerana aksesori ini menjadi perhatian berbanding badan anda.

Memakai kasut tumit membuat kaki kelihatan lebih ramping dan membantu mengimbangi bahagian badan. Selain itu, skaf juga merupakan aksesori yang sesuai dipakai di pangkal leher jika anda mempunyai leher yang agak besar. Pilih skaf dari material nipis dan lembut supaya tidak nampak tebal.

4. Hati-hati pilih corak

Wanita plus size perlu jauhkan diri dari memilih corak yang besar. Reka bentuk dan perincian halus dan rumit adalah lebih sesuai untuk anda.

Baju dengan leher ‘V’ lebih sesuai kerana memberi kesan langsing serta-merta. Begitu juga corak jalur menegak adalah lebih baik berbanding dengan corak melintang.

5. Jika anda rendah

Sekiranya anda bukan tergolong dalam wanita tinggi, pastikan anda bergaya dengan potongan seluar yang betul. Jangan pakai seluar yang senteng dan ketat seperti skinny jeans. Ia akan menonjolkan bentuk kaki anda yang besar dan pendek. Seeloknya pilih seluar potongan lurus dan palazzo dari fabrik sifon.

0 comments