Blog Bukan Sekadar Bersegmen

Semakin hari semakin banyak aku kenal bloggers. Ada yang baru dan ada yang dah bertahun2 berpengalaman dalam dunia blogging. Tahniah utk blogger baru kerana korang dah menceburkan diri dalam dunia blogging. Dunia yang semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian dan pengiktirafan. Salam perkenalan dari aku. Tapi, untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan semua orang, cuba tengok isi blog masing2. Isi blog perlulah mantap dan ilmiah. Takpun santai tapi ada mesej tersendiri. Kecewanya aku bila melihat ada segelintir yang masuk dalam dunia blogging ni sekadar nak mempopularkan diri. Tak dinafikan populariti itu penting dalam menjenamakan blog. Tapi apa pentingnya populariti kalau entri blog penuh dengan join segmen dan giveaway semata?

manfaatkan blog

Sbg contoh, ada beberapa blog dalam sebulan hanya 2-3 entri sahaja yang memberi input, selebihnya join segmen dan giveaway. Ada jugak blog yang hanya padat dgn entri berkenaan segmen dan giveaway. Sorrylah kalau ada yg terasa. Aku sendiri pon pernah join segmen tapi terlalu jarang. Bak kata titan, before join segmen tu, selidik manfaat yg blog korang dapat lebih2 lagi terhadap SEO blog korang. Kalau setakat join segmen hanya nak berkenalan tapi tiada sharing info atau entri2 lain, to me it’s pointless to have a blog. Aku sendiri pon tak faham, kenapa nak org suruh org follow blog sedangkan entri blog sekadar join segmen dan giveaway. Is that really important number of followers to you?

Seperti entri yang korang baca ni. Entri ni lebih kepada pemerhatian, penilaian serta pendapat aku terhadap corak dunia blogging especially to new bloggers. Aku bukanlah otai atau pakar SEO atau tips blog but it’s a common sense and you should know it. Aku ada 3 tahun pengalaman masa guna blogspot dulu dan sekarang baru nak berjinak2 dgn hosting sendiri. Blog perlu berkembang seiring dengan berkembangnya otak dan perut. haha!

Happy reading and hopefully you’ll get something here. Jangan marah2 ye

MK Kimi

Student at Lab Atas Bukit
Penulis berasal dari Besut, Terangganu dan sekarang menetap di Skudai, Johor. Merupakan pekerja/pelajar pasca-siswazah dalam bidang kejuruteraan bioproses di UTM, Skudai. Minat terlebih terhadap gajet tapi tak mampu nak beli semua. Belanjakan boleh?

Latest posts by MK Kimi (see all)

Comments

  1. sejak 2009 saya minat blog namun kurang aktif dan akhirnya menyepi sehingga akhir tahun 2012.Kini kembali semula sebagai blogger baru pulak
    hanafi abdullah recently posted…Hebatnya Hukum Tarikan Bersandarkan Al-QuranMy Profile

  2. Sutera ungu says:

    Saya blogger baru…byk sgt yg taktau…br belajar mengenal abc…hihi
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

  3. Owh, dah lama sebelum ni berblogging?
    Izzat Eshak recently posted…Cara mula bloggingMy Profile

  4. ehh..aku ada kata gitu ye? jap..aku gi baca blog aku balik. haha..
    titan recently posted…You raise me up..My Profile

  5. saya jarang join segmen2 nie semua sebab tak sesuai dgn tema blog saya yg lebih kpd informasi..bukan personal blog..:-)
    seribupilihan recently posted…Merokok jejas kualiti spermaMy Profile

  6. betul tu.. Kakak jarang juga masuk segmen..klu masuk pun tengok juga syarat2..kadang syarat penganjur ni ntah apa2..akak pun tak paham..haha..
    Kak atie3101 recently posted…::10 Perkara yang Merosakkan Otak::My Profile

  7. thanks for sharing bro..aku ni blogger baru..tengah mencari lagi identiti blog..sekarang dah macam lari tajuk dari tujuan asal blog aku..tapi sikit² masih atas dasar tujuan aku berblog lagi..hehe..pesanan macam ni bagus untuk mengingatkan sesama blogger..eh terpanjang pulak komen..sori bro..
    Sharafie recently posted…Kisah Seram Misteri Bilik Hostel Pelajar PerempuanMy Profile

  8. salam bro,
    aku dulu pun ada join – join segmen ya la kalau tak join orang macam tak akan kenal kita, cuma sekarang ni saja kena tengok dulu segmen ini ada menguntungkan atau tidak.
    onlajer recently posted…10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  9. a’aaa…ada blog yang penuh dengan join segmen dan buat segmen.. bosan gak kalau tak ada cerita menarik atau sesuatu yang nak dibaca :)
    Dkna Abza recently posted…Wordless Wednesday – Oh Blog -My Profile

  10. mselim3 says:

    Assalammualikum…..

    Kimi dah tukar .com baru aje kan….

    saya ingat pun nak tukar .com jugak cuma x tahu cara nya aje…masa pakai .my tiba2 ade masalah lak….

    Pasal follow memfollow ini, sebenar nya bagi saya bukan nak kejar follow sangat pun cuma nak promosi blog aje…kalau ader yg follow tu alhamdulilah…

    Sebenarnya blog niche agama , susah hendak menarik minat muda mudi utk baca dan follow , cuba blog lucah gosip atau hiburan bukan main ramai kan… di sini tujuan saya buat segmen tu.

    Kekadang ader blog tiada ilmiah dan hanya penuh dengan segmen dan follower ribu raban . Di sini kita dah tahu nak kejar follower…
    Ini pandangan saya follower tidak menjamin blog itu terkenal atau tidak.
    Apa yg penting berilah ilmu dan tambah ilmu utk sharing dengan semua orang.”Sharing is caring”

    pls: sorry kimi banyak pulak komen, kimi nanti boleh lah ajar saya nk tukar .com . Kimi terima kasih join yang pertama kali saya anjurkan , kimi rajin visit me. Insaallah saya akan visit kimi….k

  11. btoi.. dah penah buat giveaway sekali dua..time buat tu ramai la orang komen.. sampai beratus2.. lepas tu sunyi sepi.. tak bes la.. la ni.. ikut la.. orang mai ka..tak mai ka.. janji leh curah luahan ati kat situ.. hehehe
    syahjehan recently posted…Finally, I have spoken….My Profile

  12. Hai.. salam kenal

    Setuju sejkali dengan entry ini. Tidak kira blogger lama atau baru, kita perlulah menjaga reputasi blog sendiri, kurangkan entry yang kurang berfaedah.

    Utamakan pembaca setia anda berbanding ketamakan menjana wang dari blog.
    donnyien recently posted…Rahsia naikkan Pagerank BlogMy Profile

  13. tujuan kita berblog kena betul, kalau setakat ada udang disebalik mee, maka lupakan sajer
    Zarul Umbrella recently posted…Video Entry – Landing TimeMy Profile

  14. aku pun jarang masuk segmen.. jadi macam malas je.. daripada dulu lagi..
    boni kacak recently posted…Masa Kecil Dulu – Penyamun Inc.My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Top